GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki maut digilis bas ekspres selepas gagal mengawal motosikal ditunggangnya ketika cuba memotong dua buah kereta di Kilometer 45, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, malam tadi. Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam itu, mangsa, Mohd. Shahril Shahrul Azhar, 17, berasal dari Paloh 2 di sini dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, ketika sampai…










