Reformasi agensi agama Islam - Utusan Malaysia

Reformasi agensi agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Jun – Kesemua 14 agensi berkaitan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan terlibat dengan satu agenda reformasi dalam masa terdekat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, agenda reformasi itu bertujuan untuk memperbaiki agensi-agensi terlibat termasuk dalam aspek struktur dan objektif organisasi.

“Dalam tempoh tiga bulan kita akan mengadakan pengauditan serta proses-proses tertentu terhadap agensi-agensi berkenaan. Saya harap selepas itu kita dapat keluarkan satu penyelesaian.

“Semua itu kita akan lihat selepas kita ada input. Saya bagi jaminan agenda reformasi ini akan melibatkan semua pihak berkepentingan yang akan memberi nasihat dan pandangan termasuk pakar, golongan ulama serta parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan YB Menteri dan YB Timbalan Menteri di Kompleks Islam Putrajaya di sini.

Yang turut hadir, timbalannya, Fuziah Salleh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN