MADRID 20 Julai – Real Madrid bersedia untuk berbelanja besar dalam pasaran perpindahan pemain terutama selepas kehilangan Cristiano Ronaldo.
Penjaring terbanyak kelab itu melengkapkan perpindahan bernilai 112 juta Euro (RM529.63 juta) ke Juventus, awal bulan ini dan menamatkan era kegemilangannya di Santiago Bernabeu.
Eden Hazard dan Kylian Mbappe merupakan antara naa besar dikaitkan dengan Madrid dengan mereka bersedia untuk memulakan kempen musim ini di bawah kendalian Julen Lopetegui dan presiden kelab, Florentino Perez mahu mendapatkan pemain baharu.
“Kami sedar dengan harapan tinggi yang dihadapi pasukan ini setiap musim.
“Kami adalah Real Madrid dan kami sentiasa mahukan lebih daripada apa yang kami ada. Ini adalah pasukan yang akan berjaya dengan barisan pemain hebat.
“Kami adalah pasukan yang hebat dan akan diperkuatkan dengan pemain-pemain luar biasa,” kata Perez selepas sesi pengenalan pertahanan kanan baharu mereka, Alvaro Odriozola.-AGENSI










