KUALA LUMPUR 4 Julai – Ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diarahkan keluar daripada perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekiranya timbul sebarang provokasi termasuk menjerit dan menyanyikan lagu bagi menunjukkan solidariti terhadap pemimpin itu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, sekiranya mereka masih berdegil, tindakan undang-undang termasuk membuat tangkapan terhadap mereka akan dibuat. “Sila hormati ini adalah kawasan mahkamah dan bukan ini kes yang ada hari ini. Sekiranya hendak buat sila keluar daripada perkarangan kompleks ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya