MOSCOW 2 Julai – Sergio Ramos tidak dapat menahan emosinya selepas Sepanyol tewas kepada Rusia di peringkat 16 pasukan terbaik Piala Dunia dan pemain itu meninggalkan Stadium Luzhniki dengan linangan air mata, tidak lama selepas percubaannya mengganggu tumpuan pemain lain gagal. Selepas menyempurnakan tugasnya ketika sepakan penalti penentuan, Ramos mengambil bola dan menanti Denis Cheryshev, dan berjalan melepasi bekas rakan sepasukannya dengan Real Madrid itu. Ketika berselisih, Ramos merapatkan wajahnya kepada pemain Rusia itu yang fasih berbahasa Sepanyol, dan berkata sesuatu yang sudah pastinya tidak enak didengar untuk cuba mengganggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya