SHAH ALAM – Kehadiran ribuan orang ramai pada Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di Kuala Lumpur semalam merupakan petanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menurun. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini berikutan kemarahan masyarakat Melayu khususnya mengenai masa depan agama Islam dan hak orang Melayu selepas kerajaan PH mentadbir negara. “Rata-rata umat Islam dan orang Melayu amat terasa apa…










