KOTA BHARU 24 Julai – Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra membangkitkan aspek kebersihan dan keceriaan di negeri ini yang kurang memuaskan sehingga sering menjadi isu utama dan hangat diperkatakan dalam media sosial. Menurut baginda, kurangnya keprihatinan masyarakat di negeri ini berhubung kepentingan penjagaan kebersihan dan alam sekitar menjadi faktor utama yang menyumbang kepada masalah tersebut. “Justeru itu, beta mengesyorkan agar pendekatan kempen pembudayaan kebersihan dalam kalangan masyarakat…










