MELAKA – Timbalan Pengarah Forensik/Databank DNA dan Perancangan Strategik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis negeri yang baharu berkuat kuasa hari ini. Pelantikan Raja Shahrom, 59, itu bagi menggantikan Datuk Abd. Jalil Hassan yang ditukar ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan. Majlis serah terima tugas jawatan tersebut diadakan di Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri di Ayer Keroh di sini hari ini dan disaksikan oleh Pengarah Pengurusan, Datuk Asri Yusoff. Raja Shahrom ketika ditemui berkata, pertukaran ke negeri ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya