Raja Muda Perlis terima kunjungan Syeikh Dr. Hamid - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis terima kunjungan Syeikh Dr. Hamid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 19 Julai – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan mengadap hormat oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Masjid Nabawi Madinah, Syeikh Dr. Hamid Akram Al-Bukhari di Kangar semalam.

Mengiringi baginda dalam pertemuan itu ialah Mufti Perlis, Datuk Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Syeikh Dr. Hamid berada di negeri ini bagi memenuhi undangan Jabatan Mufti negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersempena program Daurah Ilmu Hadith Negeri Perlis 2018 yang diadakan di Masjid Alwi dari 12 hingga 19 Julai.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, Perlis amat bertuah dapat menerima manfaat daripada kehadiran seorang guru yang berpengetahuan luas.

Baginda dimaklumkan bahawa Syeikh Dr. Hamid bukan sahaja pakar dalam membaca hadis tetapi juga mampu menghuraikan dengan ringkas rawi dan fiqh al-hadith.

Seramai 50 orang menyertai Daurah yang dilaksanakan dalam Bahasa Arab ini termasuklah mereka yang datang dari Indonesia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN