Pusat urut tawar seks diserbu - Utusan Malaysia

Pusat urut tawar seks diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 30 Julai – Keinginan tiga lelaki untuk mendapatkan khidmat tukang urut warga asing di sebuah pusat refleksologi di Persiaran Sultan Abdul Hamid, di sini terbantut apabila diserbu sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Kedah, semalam.

Disyaki pusat refleksologi turut menawarkan pakej tambahan iaitu perkhidmatan seks selain urutan badan ke badan (B2B) pada kadar harga antara RM148 sejam yang mana pelanggan boleh membuat tempahan menerusi aplikasi WeChat.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, anggotanya terpaksa menyamar sebagai pelanggan dengan membuat tempahan menerusi aplikasi WeChat sebelum serbuan dilakukan pada kira-kira pukul 4.30 petang itu.

Katanya, premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali tetapi gagal berikutan kawalan ketat yang mana terdapat CCTV (sistem kamera litar tertutup) bagi tujuan pengawasan.

“Anggota kita terpaksa menyamar sebagai pelanggan selepas melakukan risikan selama dua minggu sebelum serbuan dilakukan. Ini kerana tidak mudah untuk mengetahui pakej tambahan yang ditawarkan kerana hanya pelanggan tertentu yang ditawarkan perkhidmatan tersebut menerusi aplikasi WeChat.

“Hasil serbuan itu, seramai lima wanita warga Thailand berusia antara 20 hingga 38 tahun yang sedang leka melayan pelanggan ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan sosial,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut Zuhair, pihaknya turut mengeluarkan saman ke atas lima lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 40 tahun yang dipercayai adalah majikan, penjaga kaunter dan tiga lagi adalah pelanggan pusat refleksologi itu.

Sementara itu dalam operasi berasingan, pihaknya menahan tiga lelaki yang mana dua daripadanya warga Indonesia dan seorang Myanmar di sebuah kilang memproses kelapa di Ampang Jajar, di sini dan terminal bas di Shahab Perdana, di sini selepas atas pelbagai kesalahan Imigresen.

“Kesemua pendatang tanpa izin yang ditahan tersebut ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.

“Mereka akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×