MOYANGKU itu dalam salasilah keluargaku adalah ayah kepada nenekku dan nenekku pula adalah ayah kepada atokku. Atok adalah ayah kepada ayahku. Begitulah susur-galur jurai keturunanku yang kalau dikira sekali denganku dan anak-anakku sudah enam generasi. Jarak masa moyangku kini di keberadaanku jauh juga. Menurut ayahku, moyangku adalah orang terkaya di kampungku. Tanahnya berelong-relong keluasannya. Rumahnya tersergam indah dan pengurusan harta hasil kerja kerasnya membawa nikmat kepada warga kampungnya yang turut…










