Projek MPP, TSGP, ECRL : SPRM masih teliti dokumen - Utusan Malaysia

Projek MPP, TSGP, ECRL : SPRM masih teliti dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam peringkat meneliti maklumat yang diterima berhubung isu Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebelum tindakan selanjutnya.

Menurut sumber, meskipun SPRM telah menyerbu 13 lokasi di sekitar Lembah Klang semalam namun masih terdapat beberapa dokumen yang masih belum diperoleh.

Ujarnya, ini kerana, ketika pegawai SPRM hadir ke lokasi tersebut tiada individu berada di situ dan menyebabkan mereka perlu datang semula bagi mendapatkan dokumen terbabit.

“Setakat ini, tiada individu akan dipanggil dan SPRM memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesemua dokumen yang diperolehi sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN