KUALA TERENGGANU 19 Julai – Projek pembinaan Kuala Terengganu Bypass menghubungkan Kampung Tok Molor ke Kampung Durian Burung di sini dijangka siap selewat-lewatnya Julai tahun depan, kira-kira enam bulan lebih lewat daripada jadual asal iaitu Januari 2019. Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd Tahir berkata, kelewatan itu disebabkan beberapa faktor termasuk masalah proses pengambilan tanah sejumlah penduduk yang terbabit dengan projek terbabit khususnya di Kampung Durian Burung. Beliau seterusnya…










