GOPENG – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berminat untuk menggantikan barangan makanan dan minuman yang dijual di dalam pesawat dengan produk tempatan di bawah label Agromas. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Tan Sri Tony Fernandes dalam satu pertemuan bersama tiga hari lalu. Katanya, dalam pertemuan tersebut, Tony menyatakan sekurang-kurangnya 70 peratus jualan produk makanan udara AirAsia…










