KUALA LUMPUR 16 Julai – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan dan masalah yang melibatkan pusat jagaan kanak-kanak. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kajian menyeluruh penting supaya kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak tidak berulang lagi selain pemeriksaan lebih tegas terhadap sijil layak menduduki (CF) di semua pusat asuhan berdaftar. “Kita minta kementerian yang terlibat…