NAMA Niena Baharun ketika ini memang panas. Masakan tidak, setiap petang Isnin hingga Jumaat, peminat tegar drama Melayu akan ‘melekat’ di kaca televisyen sambil melontarkan amarah kepada watak Husna yang dibawakan untuk drama bersiri, Jangan Benci Cintaku. Bukan itu sahaja, pelbagai komen-komen ‘mengecam’ Husna dilemparkan dalam media sosial gara-gara sakit hati melihat karakter itu selain membenci sikap watak heronya, Shah yang didukung oleh Saharul Ridzwan serta Nek Pah (Azizah Mahzan).…