Polis rosakkan peluang Froome - Utusan Malaysia

Polis rosakkan peluang Froome

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT-LARY-SOULAN, Perancis 26 Julai – Perlumbaan basikal Tour de France 2018 terus diwarnai drama selepas juara empat kali, Chris Froome dinafikan peluang me­menangi saingan gara-gara kesilapan polis yang menyebabkan dia terjatuh.

Sehari selepas dibayangi protes petani yang menyebabkan beberapa pelumba terkena gas pemedih mata, peringkat ke-17 dari Bagneres-de-Luchon hari ini mencetus kontroversi apabila polis yang menyangkakan Froome adalah penonton menarik le­ngannya ketika saingan tinggal 2 kilometer untuk ditamatkan.

Akibatnya, pelumba Britain yang juga juara bertahan itu terjatuh, sekali gus menipiskan peluang untuk mengikut jejak Eddy Merckx, Jacques Anquetil, Miguel Indurain dan Bernard Hinault memenangi perlumbaan lima kali.

“Ia satu salah faham, namun Chris dalam keadaan baik,” kata pasukan Froome, Team Sky.

Menurut Froome, apa yang boleh dilakukan adalah membantu rakan sepasukan dan se­negara, Geraint Thomas yang kini menjadi pendahulu ke­seluruhan.

“Sekarang, apa yang boleh saya buat adalah bantu Thomas,” kata Froome, 32, juara Tour de France 2013, 2015, 2016 dan 2017.

Pelumba Movistar Team, Nairo Quintana dari Colombia muncul pemenang peringkat ke-17 de­ngan masa 2’21:27s, meninggalkan Daniel Martin dari Emirates UAE di tangga kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN