KUALA LANGAT – Polis sedang mengesan empat individu bagi menghadiri satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Klang pada 20 Julai depan. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, keempat-empat individu itu perlu menjadi saksi pendakwaan awam bagi perbicaraan kes bunuh. “Individu tersebut ialah Soo Bee Kim, 20, Chong Boon Leong, 20, Yeow Sze Tiong, 30 dan Gan Chew Wan. “Ini berikutan keempat-empat saksi ini tidak menghadirkan diri sejak perbicaraan kes sebelum ini yang ditangguhkan sehingga 20 Julai depan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya