KUALA LUMPUR 4 Julai – Pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini hanya melibatkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya memang mahu mempercepatkan proses (pertuduhan) bagi siasatan yang dilakukan polis tetapi harus mematuhi proses yang ditetapkan.
“Kami masih meneruskan siasatan terhadap beliau (Najib). Apabila proses ini lengkap, kita perlu rujuk pada DPP (timbalan pendakwa raya) .
Memuatkan artikel berkaitan…
“Dan kita akan menunggu arahan seterusnya. Jadi ini adalah proses normal, “ katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Rumah Terbuka Polis Kuala Lumpur di Ibu pejabat Polis Cheras di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











