KUALA KANGSAR 8 Julai – Seramai 43,000 kontraktor bumiputera berdepan risiko ‘gulung tikar’ ekoran kekurangan projek-projek yang ditawarkan kepada mereka ketika ini. MEGAT AHMAD SHAHRANI MEGAT SHARUDDIN Bendahari Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Sharuddin berkata, daripada jumlah tersebut, sebahagiannya terdiri daripada kumpulan G1 yang memperoleh projek-projek kecil seperti menurap jalan. Katanya, ketiadaan peluang pekerjaan menerusi kontrak baharu itu amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. “Sekiranya keadaan ini berterusan, mereka disaran untuk berpindah ke sektor lain seperti pertanian atau penternakan bagi mengatasi masalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya