PJ Half Marathon kembali lagi - Utusan Malaysia

PJ Half Marathon kembali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Acara larian terkemuka Petaling Jaya (PJ) Half Marathon edisi ke-30 akan diadakan pada 15 Julai ini yang mempertaruhkan hadiah keseluruhan berjumlah RM82,000.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak empat kategori akan dipertandingkan iaitu larian 30 kilometer (km) terbuka, 10 km terbuka dan tiga km Fun Run.

Jelas kenyataan itu, antara jalan-jalan utama yang terlibat dalam acara tersebut adalah Jalan Gasing, Jalan Templer, Jalan Universiti dan Jalan Sultan.

“Seramai 100 anggota polis trafik dan 50 penguat kuasa MBPJ akan ditugaskan untuk mengawal lalu lintas bagi menjamin kelancaran serta keselamatan acara dan orang ramai. Pihak polis akan membuat kawalan trafik secara berperingkat bermula pukul 4 pagi di jalan-jalan terlibat.

“Sehubungan itu peserta dinasihatkan meletak kenderaan berhampiran bangunan PJ State dan tidak meninggalkan kenderaan di bahu jalan agar tidak menganggu lalu lintas pada hari acara,” menurut kenyataan ituhari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN