SHAH ALAM 19 Julai – Kerajaan Persekutuan diminta supaya mengkaji semula keputusan membenarkan syarikat pemaju projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melaksanakan pembinaan landasan bertingkat melibatkan jajaran dari Pesiaran Sukan di Seksyen 13 ke Pesiaran Dato’ Menteri, Seksyen 14, di sini. Perkara itu dibangkitkan penduduk di bandar raya ini yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan penetapan jajaran laluan berkenaan kerana didakwa mampu mencetuskan pelbagai masalah pada masa…










