ARAU 25 Julai – Para peserta dari 11 universiti dari negara ini, Indonesia dan Thailand telah mengambil bahagian dalam program kayuhan prihatin bersempena Karnival Varsiti Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) ke-20, di sini semalam. Mereka yang menyertai kayuhan itu mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam sesi kayuhan sejauh 10 kilometer yang bermula dan berakhir di Masjid Al-Masyhoor di Kampung Padang Siding, Pauh di sini.…










