Kombinasi renda dan kain satin pusam menjadi buah tangan sulung buat AshrafAmaniZ Couture. Lebih menarik, ia dipadankan dengan kerongsang tradisional yang mendominasikan rekaan fesyen moden dan tradisional buat si cilik anda. Koleksi tersebut sesuai digayakan sepanjang Syawal selain menghadiri jemputan rumah terbuka pada hujung minggu atau majlis keraian. Gaun Maksi Renda Hitam AmaniZ didatangkan dengan empat warna pilihan iaitu kuning mustard, merah jambu, ungu lembayung dan hijau zamrud. Penggunaan renda…










