Perodua terima ISO 9001, 14001 - Utusan Malaysia

Perodua terima ISO 9001, 14001

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Julai – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dan anak syarikatnya, Perodua Sales Sdn. Bhd. diperakui secara rasmi oleh SIRIM de­ngan versi terkini 2015 ISO (Pertubuhan Piawaian Antarabangsa) 9001 dan 14001.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr.) Aminar Rashid Salleh berkata, bagi mendapatkan pensijilan ISO 9001 sesebuah organisasi harus mematuhi piawaian kualiti terbaik di dalam proses kerja mereka bertujuan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dalam setiap aspek.

Menurut beliau, ISO 14001 pula lebih menumpukan kepada piawaian alam sekitar.

“Perakuan ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap ke­puasan pelanggan dan tanggungjawab kami kepada alam sekitar. Pengiktirafan ini amat bermakna kerana ia mengukuhkan visi kami untuk menjadi syarikat yang kompetitif di rantau ini.

“Tambahan pula ia membuktikan kejayaan terhadap usaha kami dalam melaksanakan Kaizen atau penambahbaikan secara berterusan,” katanya dalam ke­nya­taan di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis pe­nyampaian sijil tersebut adalah Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Mohd. Azanuddin Salleh dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin.

Perodua melaksanakan piawaian ISO pada 1998 dan ISO 9001 telah diperluaskan ke cawangan jualan dan pusat servis Perodua secara berperingkat sejak 2005 bagi menyeragamkan pengalaman pelanggan di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN