SEOUL 5 Julai – Korea Selatan dan Korea Utara memulakan perlawanan persahabatan bola keranjang di Pyongyang sebagai isyarat terbaharu diplomasi politik antara dua negara itu.
PEMAIN dari Korea Utara dan Korea Selatan menyertai perlawanan persahabatan bola keranjang di Gimnasium Ryugyong Jong Ju-yong di Pyongyang.- AFP
Dua pusingan pertandingan campuran lelaki dan perempuan diadakan di Gimnasium Ryugyong Jong Ju-yong di Pyongyang dengan setiap kumpulan mengandungi pemain kedua-dua negara.
Memuatkan artikel berkaitan…
Perlawanan tersebut bertindih dengan lawatan tiga hari Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo ke Korea Utara untuk membincangkan mengenai masa depan program nuklear di Semenanjung Korea. – AP











