KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya komited akan terus memperkasa budaya tempatan bagi mengukuhkan industri pelancongan negara di mata dunia. Menurut Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, usaha tersebut bagi membantu melonjakkan aktiviti pelancongan dan budaya Malaysia menerusi program yang bakal dirangka. Katanya, kementerian kini lebih fokus dengan teknik push and pull iaitu akan memberi penekanan lebih kepada produk pelancongan sedia ada yang mampu membantu negara menjana pendapatan…










