PUTRAJAYA – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Johor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat sebuah jabatan kerajaan negeri itu kerana didakwa mengamalkan amalan rasuah. Yang Dipertuanya, Mohd. Ghauth Mohd. Yusoff berkata, amalan itu merujuk kepada kelulusan pemberian lesen pembalakan melibatkan salah seorang anggota pertubuhan tersebut. Menurut Ghauth, seorang anggotanya yang juga merupakan satu-satunya pembalak Melayu di Semenanjung telah mengalami kesukaran mendapatkan lesen ekoran tidak menghulurkan “duit kopi” kepada jabatan…










