Perhilitan rampas 13 burung eksotik, tahan seorang lelaki - Utusan Malaysia

Perhilitan rampas 13 burung eksotik, tahan seorang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan merampas 13 ekor burung daripada dua spesis yang dilindungi dalam serbuan di sebuah rumah di Port Dickson, Khamis lalu. 

Burung-burung tersebut terdiri daripada 11 spesies Green-Cheeked Parakeet dan dua ekor burung jenis Sun Conure yang dianggarkan bernilai antara RM3,000 hingga RM10,000 setiap ekor. 

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, seorang lelaki berusia 39 tahun yang disyaki menyimpan kesemua burung itu turut ditahan di premis itu Khamis lalu untuk membantu siasatan. 

Menurutnya, kesemua spesies burung yang berusia antara setahun hingga dua tahun  dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan diseludup masuk ke negara ini melalui jalan laut dari Indonesia. 

“Serbuan dijalankan pada pukul 3 petang, 26 Julai lalu di sebuah rumah di Port Dickson. Hasil pemeriksaan  menemui pelbagai spesies burung dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang disimpan di premis itu tanpa kebenaran sah daripada Perhilitan. 

“Suspek lelaki berusia 39 tahun yang bekerja sendiri telah disiasat dan mengakui kesemua burung tersebut yang disimpan di dalam dua bangsal berasingan adalah miliknya,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN