Perancis tempah slot suku akhir - Utusan Malaysia

Perancis tempah slot suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAZAN – Bayangan trofi Piala Dunia 2018 seolah-olah memanggil nama Perancis selepas kejayaan menewaskan pasukan pilihan, Argentina 4-3 pada pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Arena Kazan malam tadi.

Penyerang muda, Kylian Mbappe muncul wira buat pasukan bimbingan Didier Deschamps apabila meledak dua gol sekali gus menghidupkan misi menjulang trofi paling berprestij tersebut buat kali kedua selepas muncul juara pada 1998.

Argentina yang diketuai penyerang terbaik dunia, Lionel Messi gagal mengulangi pencapaian layak ke final Piala Dunia 2014 di Brazil serta menamatkan kemarau selama 32 tahun menang Piala Dunia apabila kali terakhir berbuat demikian pada 1986 di Mexico.

Dalam aksi itu, Perancis membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Bagaimanapun, Angel Di Maria menyamakan kedudukan buat Argentina (m-41) sebelum Gabriel Mercado menceriakan penyokong-penyokong La Albiceleste dengan meletakkan pasukan bimbingan Jorge Sampaoli berada di depan buat pertama kali pada minit ke-48.

Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Benjamin Pavard kembali menyamakan kedudukan buat Les Bleus (m-57) sebelum Mbappe mencuri tumpuan dengan meledak gol ketiga dan keempat buat Perancis dalam tempoh empat minit (m-64 dan m-68).

Penyerang Argentina, Sergio Aguero kembali merapatkan jurang jaringan apabila meledak gol ketiga tetapi kebangkitan lewat La Albiceleste tidak bermakna apabila terpaksa akur tewas 3-4 kepada Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN