Penyokong Pahang dan Selangor dinasihat patuhi peraturan - Utusan Malaysia

Penyokong Pahang dan Selangor dinasihat patuhi peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pihak polis menasihati penyokong Pahang dan Selangor yang akan menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2018 pada Sabtu ini supaya mematuhi segala peraturan penguat kuasa serta memberi kerjasama ketika perlawanan itu berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff berkata, dianggarkan seramai 80,000 penonton akan hadir ke stadium itu bagi menonton perlawanan berkenaan.

“Kita mahukan kelancaran serta menjamin keselamatan daripada pelbagai aspek supaya tidak timbul sebarang kekecohan sebelum, semasa dan selepas perlawanan itu. Jadi, penonton-penonton dinasihati supaya menjaga tingkah laku.

“Ianya adalah bagi menjaga imej negara kita juga kerana perlawanan itu akan disiarkan secara langsung dan juga akan menjadi tontonan negara-negara lain,” katanya pada sidang media keselamatan dan kawalan lalu lintas Piala FA 2018 di Ibu Pejabat Polis daerah Cheras, di sini, hari ini.

Kamal Khan turut memberi amaran tegas kepada penyokong untuk tidak membawa sebarang bahan letupan seperti bunga api, mercun dan suar ke dalam stadium.

Perlawanan akhir Piala FA 2018 iaitu Pahang menentang Selangor dijadualkan bermula pukul 9 malam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN