Penunggang motosikal maut dilanggar 4WD - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut dilanggar 4WD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 9 Julai – Seorang tukang kebun maut setelah motosikal ditungganginya dilanggar kereta pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Land Cruiser di Jalan Sultan Tengah di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, Basir Malik, 40, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila 4WD yang bergerak dari arah Santubong ke pusat bandar c uba untuk memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, motosikal mangsa yang berada di laluan bertentangan tidak dapat berbuat apa-apa lalu dirempuh 4WD itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×