JOHOR BAHRU 2 Julai – Seorang penolong jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima rasuah seunit telefon bimbit jenama Samsung dan wang tunai daripada seorang kontraktor dua tahun lalu. Zainuddin Ibrahim, 55, yang bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR), Kulai didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Jalan Pintas Seelong-Ulu Tebrau, Kulaijaya kira-kira pukul 1 tengah hari, 17 April dan Mei 2016. Bagi pertuduhan pertama, Zainuddin didakwa menerima seunit telefon bimbit Samsung Galaxy S7 Edge daripada seorang kontraktor manakala bagi pertuduhan kedua, dia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya