SABAK BERNAM – Tindakan seorang penjenayah menyerang polis menggunakan sebilah pisau membawa padah selepas dia cedera ditembak di Jalan Panchang Bedena, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi, suspek berusia 37 tahun itu cedera di bahagian peha kaki kanan. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, suspek dikehendaki atas kesalahan kes ugutan jenayah selain mempunyai lima rekod kes lampau iaitu tiga rekod kesalahan jenayah dan dua rekod kesalahan dadah. Katanya, polis berjaya menjejaki suspek sewaktu rondaan jenayah dilakukan di kawasan tersebut. “Kita terpaksa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya