Penjawat awam perlu berhati-hati terima hadiah - SPRM - Utusan Malaysia

Penjawat awam perlu berhati-hati terima hadiah – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Penjawat awam perlu berhati-hati apabila menerima hadiah daripada pihak lain kerana undang-undang sedia ada boleh menyabitkan perbuatan berkenaan sebagai rasuah, kata Timbalan  Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jamil Mohd. Dahlan.

Katanya, ia adalah satu kategori rasuah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang sering tidak diendahkan penjawat awam, berkemungkinan kerana mereka tidak mengetahui atau tidak jelas tentang intipati yang diperlukan untuk membolehkan mereka dituduh.

“Ia sebenarnya adalah kes yang sangat mudah dibuktikan kerana tiga intipati saja diperlukan iaitu pegawai awam yang menerima hadiah, menerima hadiah yang bernilai dan menerima hadiah itu daripada orang yang mempunyai urusan rasmi.

“Saya berharap penjawat awam lebih berhati-hati kerana ada sesetengah daripada mereka bukan saja menerima hadiah tetapi mengambil gambar hadiah itu,” katanya pada forum ‘Hidup Penuh Erti Tanpa Rasuah dan Dadah: Perspektif Integriti’ di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah AADK, Datuk  Abd Halim Mohd. Husin berkata, ketagihan dadah sudah dikategorikan sebagai penyakit dengan Kementerian Kesihatan turut membantu untuk memulihkan penagih-penagih ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN