PETALING JAYA 19 Julai – Seorang pengurus syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah lebih RM3.4 juta berhubung urusan pembelian tanah, tahun lalu. Tinyu Eian Seng, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azwarnida Affandi. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa bersama seorang yang telah dituduh dengan curangnya telah mengeluarkan dan menggunakan wang berjumlah RM3,498,309 milik Ong Khoon Hong bagi maksud pembelian tanah di Lot 1265, Seksyen 67, Kuala Lumpur. Perbuatan itu didakwa dilakukan di syarikat Susperior Pool…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya