Pengurus syarikat bunuh diri terjun dari tingkat 16 - Utusan Malaysia

Pengurus syarikat bunuh diri terjun dari tingkat 16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang pengurus syarikat swasta berusia 42 tahun maut selepas terjun dari tingkat 16 di sebuah bangunan di PJS 8/9, Mentari Court di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, K. Suresh membuat percubaan untuk membunuh diri apabila berdiri di tepi tingkat 16 bangunan berkenaan dan cuba untuk terjun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihak bomba yang sampai lebih awal telah cuba memujuk lelaki tersebut untuk turun selama hampir 2 jam 30 minit.

“Namun setiba isterinya di lokasi kejadian mangsa terus bertindak untuk terjun dan mati serta-merta di lokasi kejadian.

“Mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi dibedah siasat dan kematiannya dikelaskan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Jurucakap Bomba dalam satu kenyataan berkata, ketua operasinya dan beberapa anggota polis dari Balai Polis Sungai Way di sini telah naik ke tingkat atas dalam usaha untuk memujuk mangsa.

“Anggota yang lain juga telah bersedia dengan tali dan beg penampan udara di tingkat atas dan bawah bangunan sekiranya mangsa terjun secara tiba-tiba.

“Namun mangsa tidak mempedulikan pujukan anggota kami dan terus terjun lalu maut di lokasi kejadian,” ujarnya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN