KUALA LUMPUR 4 Julai – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan pelaksanaan apit tayar (clamping) kenderaan bagi mengekang orang ramai meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd. Aziz berkata, tindakan mengunci kenderaan dilaksanakan sebagai penguatkuasaan undang-undang dan peringatan kepada orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan mereka di tempat larangan. Beliau berkata, lokasi itu termasuk petak parkir kenderaan yang disewa, petak parking orang kurang upaya, petak kenderaan jenis berbeza dan menghalang pili bomba. “Tindakan ini diteruskan selepas mendapat sokongan daripada orang ramai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya