Pengerusi Petronas tamat tempoh kontrak - Utusan Malaysia

Pengerusi Petronas tamat tempoh kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat minyak dan gas, Petronas, hari ini, mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan, sudah menyempurnakan jawatannya pada 30 Jun, berikutan pelaksanaan lanjutan kontrak tiga tahunnya bermula 1 Julai, 2015.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyataan, Petronas berkata, Sidek dilantik sebagai Pengerusi pada 1 Julai, 2012, dan sebelum dilantik ke jawatan itu, beliau berkhidmat selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam dan bersara sebagai Ketua Setiausaha Negara ke-12.

“Petronas ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Sidek Hassan atas sumbangan dan komitmennya dalam memberikan panduan dan penyeliaan kepada lembaga pengarah Petronas sejak enam tahun lepas.

“Kami mengucapkan yang terbaik untuk masa hadapannya,” tambah kenyataan itu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN