KUALA LUMPUR 5 Julai – Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) mendesak kerajaan menghapuskan Akta Penempatan Berkelompok (1956) yang disifatkan lapuk dan tidak lagi relevan terutama kepada para peneroka tanah kerajaan di seluruh negara. Presiden PKPKM. Datuk Aliasak Ambia berkata, hasil mesyuarat bersama hampir 200 ahli yang mewakili bahagian masing-masing pada hari ini, kesemuanya mendesak supaya akta tersebut dimansuhkan segera bagi membolehkan peneroka tidak terikat dengan pelbagai peraturan yang banyak…










