RANAU – Seorang pendaki lelaki warganegara Australia terpaksa dibawa turun dari kilometer 5.3 oleh anggota Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat di Gunung (Mosar) kerana dipercayai mengalami kecederaan pada bahagian lutut di Gunung Kinabalu di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 11.23 pagi tersebut, mangsa, Joshua William berusia 30 tahun dikatakan terkehel pada bahagian lutut kiri ketika menuruni gunung berkenaan. Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Mosar berjaya menyelamatkan lelaki tersebut turun ke kawasan Timpohan Gate dekat sini. Ketua Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau, Jimmy Lagung berkata, seramai tiga anggota Mosar dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya