Penangkapan Najib jadi berita dunia - Utusan Malaysia

Penangkapan Najib jadi berita dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penangkapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menjadi bahan berita di seluruh dunia.

Agensi berita antarabangsa seperti Reuters, AFP, Xinhua dan badan penyiar seperti BBC dan Al-Jazeera serta beberapa yang lain mengikuti secara dekat perkembangan yang berlaku susulan penangkapan Najib di kediaman beliau di Jalan Langgak Duta di sini pada pukul  2.35 petang semalam.

Berikutan kedudukan Najib yang mendapat perhatian hebat pihak media kebelakangan ini, penangkapan beliau menjadi berita utama dalam kebanyakan platform media.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akhbar harian terkemuka  Australia, ‘The Australian’, memuatkan laporan menyeluruh tentang peristiwa berkaitan penangkapan Najib pada muka depannya, manakala akhbar United Kingdom, ‘The Guardian’, menyiarkan secara besar-besaran semua berita berkaitan Najib dan dana 1MDB yang dicemari skandal.

Awal hari ini, Najib dikenakan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan menyalahguna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. SRC International adalah bekas anak syarikat 1MDB. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN