Penahanan Najib sudah dijangka atas motif politik - Utusan Malaysia

Penahanan Najib sudah dijangka atas motif politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah dijangka sebagaimana kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan selama ini telah membayangkan bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang pesalah.

Jurucakap kepada bekas Perdana Menteri itu berkata, pendakwaan terhadap Najib esok berhubung SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) dan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) dilihat mempunyai motif politik.

Kata jurucakap itu, selain mempunyai motif politik, pendakwaan terhadap Najib bersifat dendam oleh kepemimpinan Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus berlawan dalam pendakwaan ini dan akan membersihkan namanya di mahkamah. “Insya-Allah, kebenaran akan terbukti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN