Pemuda UMNO desak Kulasegaran letak jawatan - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO desak Kulasegaran letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran supaya meletak jawatan berhubung kenyataannya yang mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan tersebut yang amat sensitif kerana boleh mengganggu gugat keharmonian kaum serta ketidakstabilan dalam masyarakat.

“Kita menggesa Kulasegaran untuk meletak jawatan sebagai menteri dan disiasat mengikut lunas undang-undang.

“Hal ini kerana kita tidak mahu keharmonian negara ini dihancurkan oleh beberapa individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan kaum dengan menggunakan perkataan sensitif,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Asyraf bersama 50 ahli UMNO hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Kulasegaran sebelum ini.

Laporan polis itu turut dibuat oleh ahli UMNO secara serentak di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN