KUALA LUMPUR 4 Julai – Ketua Wanita dan Pemuda UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sesi prosiding pendakwaannya hari ini.
Kedua-dua mereka yang ditemui menyifatkan sokongan berkenaan penting dalam memastikan pemimpin berkenaan tidak keseorangan selain membuktikan
keadilan dapat dibuktikan.
Asyraf Wajdi berkata, kita janganlah menghukum seseorang itu sehingga beliau didapati bersalah dan hukuman terhadapnya disabitkan.
“Biar apa yang berlaku, kita tidak boleh nafikan jasa beliu terhadap negara ini dan biarlah mahkamah tentukannya.
“Selama ini beliau diadili di mahkamah media bukannya di mahkamah yang sebenar sebab itu kita sebagai rakyat perlu kembali kepada prinsip undang-undang,” ujarnya.
Antara yang turut kelihatan adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar.
Ahli Parlimen Pekan, Pahang dijangka menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. pagi ini. – UTUSAN ONLINE










