KUALA LUMPUR 19 Julai – Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin tidak kira di peringkat syarikat atau kepemimpinan negara untuk melibatkan diri dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memupuk sifat integriti dalam diri mereka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan CSR adalah pemimpin yang membentuk nilai murni dan pandangan peribadi yang positif. “Ini adalah pemimpin yang dipandu oleh moral…










