MUAR 1 Julai – Pemilihan UMNO Bahagian Bakri sempena mesyuarat perwakilan bahagian itu ditangguhkan berikutan bilangan undi yang diterima melebihi jumlah perwakilan. Setiausaha UMNO bahagian itu, Othman Taib berkata, penyelaras pemilihan mendapati jumlah kertas undi yang diterima lebih sebanyak 48 daripada 570 perwakilan yang layak mengundi. “UMNO Bahagian Bakri telah memaklumkan perkara itu kepada Ibu pejabat UMNO dan mereka meminta pemilihan ini ditangguhkan dan akan diadakan semula pada tarikh yang…










