Pemilihan Lokman pendekatan baharu dalam calon BN - Utusan Malaysia

Pemilihan Lokman pendekatan baharu dalam calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pemilihan Datuk Lokman Noor Adam sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang bukan merupakan orang tempatan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis adalah pendekatan baharu parti tersebut dalam meraih undi.

Timbalan Presiden BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini berikutan mereka kini bukan parti kerajaan sebaliknya pembangkang.

“Kita tidak boleh terikat dengan cara lama lagi apabila memboikot calon-calon luar.

“Bukan keistimewaan untuk bertanding (calon tempatan), kalah sudah tentu tetapi menang InsyaAllah,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman penamaan calon PRK DUN Sungai Kandis di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19 di sini hari ini.

Menurut beliau yang merupakan Pengarah PRK BN, pendekatan baharu itu merupakan strategi dalam mengemukakan wakil parti bagi menyuarakan isu-isu masyarakat.

Sehubungan itu, Mohamad meminta agar pengundi di DUN Sungai Kandis memberikan peluang kepada calon BN, Datuk Lokman Noor Adam menang dalam PRK ini.

“Tidak baik untuk sesuatu kerajaan (negeri) terlalu banyak (wakil) kerajaan dan tiada pembangkang dalam membawa isu atau masalah rakyat.

“Latar belakang Lokman sebagai aktivitis dan reformasi mampu mengupas isu dengan baik sekiranya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nanti,” jelasnya.

PRK DUN Sungai Kandis ini melibatkan pertarungan tiga penjuru antara Lokman dan  Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, 48, sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta calon bebas, K. Murthy, 60. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN