Pemilihan calon Speaker DUN Perak atas persetujuan puncuk pimpinan PH - Utusan Malaysia

Pemilihan calon Speaker DUN Perak atas persetujuan puncuk pimpinan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 3 Julai – Pemilihan calon speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Peradaripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dibuat secara persetujuan bersama antara pucuk pimpinan parti komponen.

AHMAD FAIZAL AZUMU
AHMAD FAIZAL AZUMU

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu mengakui bahawa dalam membuat sebaranng keputusan, pasti ada pihak yang tidak akan berpuas hati, namun atas semangat kerjasama perkara itu dapat diatasi sebaiknya.

“Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) apabila kami memutuskan nama calon umpamanya tentu ada di kalangan kami rasa tidak senang, malahan tidak paus hati dan sebagainya.  

“Dalam ketidak puasan hati itu kita suarakan perkara tersebut,  kita akan sebutkan perkara-perkara yang kita tidak sedar tetapi akhirnya perkara itu dapat jadi elok semula,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama DUN ke-14 Perak.

Beliau berkata demikian sebagai  mengulas mengenai Ketua Penerangan Keadilan Perak Senator Siti Aishah Shaik Ismail yang dilapor dinamakan sebagai calon speaker DUN daripada PKR yang merupakan komponen PH sebelum akhirnya menarik diri.

Selain Siti Aishah yang dicalonkan oleh PKR, DAP yang merupakan komponen PH pula mencalonkan Anggota Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham sebagai speaker yang akhirnya dilantik atas persetujuan ramai.

Mengulas  lanjut, Ahmad Faizal berkata, beliau akan memastikan Siti Aishah ditempatkan di kedudukan yang sesuai dengan kebolehannya di dalam kerajaan negeri.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata berkata persidangan DUN hari ini sepatutnya mengumumkan nama semua calon speaker termasuk yang menarik diri.

“Harap kerajaan baharu ini mengambil perhatian, ini bukan benda kecil kerana ia serius apabila nama calon tersebut telah dihantar  secara rasmi tetapi dalam dewan tidak disebut,” katanya.

Sementara itu, Siti Aishah yang juga Ketua Srikandi Keadilan Malaysia berkata keputusan awal untuk menerima pencalonan itu adalah atas kefahaman bahawa jawatan speaker harus diberikan kepada PKR memandangkan DAP mempunyai lima jawatan exco kerajaan negeri.

“Perundingan berlaku hingga ke hari akhir semalam yang mana akhirnya saya membuat keputusan untuk menarik diri,” katanya.

“Saya tegaskan keputusan ini adalah kerana rakyat negeri ini, jika saya kekal dalam pencalonan maka (ada) peluang untuk BN menjadi speaker dan menggugat kerajaan PH,” katanya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN