KUALA LUMPUR 30 Julai – Pelabur asing melupuskan RM498.4 juta ekuiti di Bursa Malaysia bagi minggu berakhir 27 Julai, meningkat dua kali ganda berbanding RM247.1 juta minggu sebelumnya. Penganalisis MIDF Research, Adam M. Rahim berkata, pelabur global merupakan penjual bersih pada setiap hari sepanjang minggu itu, meneruskan momentum penjualan harian untuk tujuh hari. “Jualan asing paling rendah adalah pada Isnin dengan hanya RM28.1 juta, terendah dalam sehari sejak 26 April…










